ASSALAMUAILAIKUMM.....
Setiap orang beriman mesti bercita-cita untuk mati syahid kerana mati dalam keadaan syahid adalah anugerah Allah yang paling agung . Sesungguhnya peluang untuk mati shahid tidak terbatas dimedan perang sahaja . Syahid adalah rancangan Allah untuk memberi peluang kepada manusia supaya manusia dapat menempuhi kematiannya dengan cara yang sebaik baiknya . Kerajaan didunia ini hanya mampu menyediakan rakyatnya keperluan untuk hidup tetapi tidak mampu untuk mengatur bagaimana menempuh mati yang baik . Hanya islam yang menjanjikan syahid sebagai kurniaan Allah supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.
Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada manusia,amat malanglah bagi orang yang mensia-siakan kasih sayang Allah itu,tuhan bagi seluruh alam.
Nabi Muhammad s.w.a pernah menyatakan “sesungguhnya syahid itu ada 7 golongan iaitu:
1)Orang yang mati ditikam
2)Orang yang mati disebabkan sakit perut
3)Orang yang mati terbakar
4)Orang yang kena penyakit “zatul dzambi”(demam malaria)
5)Orang yang mati ditimpa runtuhan
6)Orang perempuan mati bersalin
“sama ada mati selepas melahirkan ataupun mati ketika bayi masih dalam kandungan”
“sama ada mati selepas melahirkan ataupun mati ketika bayi masih dalam kandungan”
7)Gadis yang mati sebelum sempat bersuami
Demikian banyaknya peluang syahid yang disediakan oleh Allah untuk hambanya,
ia menggambarkan begitu luasnya rahmat Allah untuk hambanya.
Sekiranya syahid hanya terbatas di medan perang,maka tidak ramai umat islam yang dapat menikmati mati syahid.
ia menggambarkan begitu luasnya rahmat Allah untuk hambanya.
Sekiranya syahid hanya terbatas di medan perang,maka tidak ramai umat islam yang dapat menikmati mati syahid.
"YA ALLAH,tempatkan lah aku dalam golongan-golongan yang beriman dan mati syahid , AMIN "
No comments:
Post a Comment