ASSALAMUAILAIKUMM ...
Menutup aurat sepenuhnya. Rambut merupakan sebahagian daripada aurat wanita. Makanya, wanita Islam wajib menutup auratnya termasuk rambutnya. Tapi pada masa kini, banyak kita lihat wanita menutup auratnya, namun tidak sepenuhnya seperti yang dituntut oleh agama Islam. Mereka lebih mengikuti fesyen terkini. Sebagai contoh, kita dapat melihat ada perempuan yang memakai tudung, namun memperlihatkan dada mereka. Sepatutnya, mereka memakai tudung untuk menutup rambut dan dada mereka. Mereka sepatutnya sedar akan tujuan dan kepentingan memakai tudung dan bukan hanya semata-mata untuk fesyen sahaja. Sekiranya mereka memakai tudung, tetapi masih menunjukkan bahagian aurat yang lain, sama juga seperti tidak memakai tudung.