Alhamdulillah , tak sangka dapat tawaran ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau,Perlis bagi sesi Jun ini . Tapi saya tak masuk bagi sesi jun ni , saya mintak politeknik delay kan ke sesi disember atas sebab-sebab tertentu . Mula-mula masa dapat tawaran ni saya tak letak 100% pun nak terima tawaran ni ke tidak sebab dapat politeknik kat Perlis . Dah lah jauh confirm tak lepas ni , mesti mak dengan ayah tak bagi . Kalau kes macam ni saya biarkan jea , 'Biarlah,buat apa nak bantah kalau hakikatnya memang jauh pun' . Tapi bila difikir-fikirkan balik peluang dah ada depan mata , kenapa mesti nak tolak tuah ? fikir punya fikir . tengok dah due date , last day kena confirmkan betul-betul dengan politeknik . Memang dah terima tawaran tu tapi dia kena call jabatan politeknik tu untuk tanya pasal daftaran semua tu . Mula lah tanya mak dengan ayah ni , patut ke patut ambik politeknik ni ? so saya call bapa sedara sebelah mak saya, dia ambik course engineering jadi dia memang tahu menahu pasal kes nak sambung belajar kat mana , sebab dia ada banyak anak sedara so dia dah memang masak ngan semua ini . jadi saya tanya lah pasal ni semua , memang panjang lebar dia bagi pendapat dia . Apa yang dicakapkan semuanya ada logik jugak . Dia cakap antara Uitm dengan Politeknik tak jauh beza pun , cuma Uitm nama dia bila kita sebut nampak lah Gah sikit berbanding Politeknik . So dia suruh saya buat keputusan sendiri . Jadi esoknya saya call mak sedara sebelah mak pulak , dia ni lagi 3 hari 2 malam pun tak habis bagi pendapat dia , sebab dia tak henti-henti bercakap . dia ni dulu belajar kat kolej komuniti under politeknik punya , so lepas habis belajar jea dia dapat kerja dengan kerajaan walaupun hanya dengan sijil , dia ambik course computer systems . dia punya gaji tak silap rasanya dalam 2k macam tu lah kot . Alhamdulillah lah kan . jadi untuk meyakinkan diri saya lagi , saya search kat google pasal politeknik ni , ramai yang bagi comment positif pasal Politeknik ni , antaranya ialah :
"Saya sekarang pelajar semester dua di Politeknik Kota Kinabalu...saya ambil diploma kat sini...saya hairan la,kenapa ambil diploma kat politeknik sering direndah rendah kan dan di berbanding dengan ambil diploma kat ipta yg dimulakan dengan perkataan 'UNIVERSITI'..seperti UiTm dan lain-lain..Saya sering mendengar ucapan seperti teguran.."keputusan ok,kenapa sambung kat poli kenapa tak sambung kat uitm(contoh u je k) ke?"..kadang kala saya berasa tersinggung tapi saya kuatkan tekad..saya menimba ilmu untuk mendapat keredhaan Allah..jadi tak kisahlah kat ipta mana pun.saya berasa seolah olah mereka memandang rendah pada pelajar politeknik..bukankah politeknik juga merupakan sebuah ipta..bezanya politeknik berunsurkan vokasional...Lebih perit apabila mereka berkata bahawa,"baik ambik stpm dari sambung kat politeknik"..."
"Pada saya pelajar poli lebih outspoken berbanding pelajar universiti... tak malu bertanya... displin pun bagus sebab ada bahagian yang menjaga displin pelajar... kemahiran pun ada berbanding pelajar universiti yang lebih kepada teori... setiap lulusan ada kelebihannya... jadi jangan rasa rendah diri... yang penting jadilah pelajar yang berakhlak dan berilmu..."
Itulah antara comment2 yang positif yang saya jumpa . Dan saya jumpa yang ni juga :
KOTA KINABALU 30 Nov. - Graduan politeknik di negeri ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak swasta dan kerajaan di dalam sektor pekerjaan.
Sehubungan itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, graduan di institusi berkenaan lebih mudah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
"Saya dimaklumkan bahawa graduan politeknik kurang menghadapi kesukaran untuk memperoleh pekerjaan.
"Berdasarkan kajian, 90 peratus daripada graduan politeknik memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.
"Daripada jumlah itu lebih daripada 70 peratus memperoleh pekerjaan dalam tempoh tiga bulan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian minggu suaikenal pelajar baru sesi Disember 2010 di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah PKK, Dullah Muluk.
Menurut Hajiji, kecenderungan majikan memilih graduan politeknik membolehkan graduan institusi itu membentuk kerjaya yang cemerlang.
Katanya, ia juga memberi peluang kepada graduan berkenaan memilih sektor dan majikan yang diminati mereka.
"Bagaimanapun sektor swasta dan multinasional menjadi pilihan utama para graduan politeknik berbanding sektor awam," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak harus berganding bahu melakukan transformasi bagi meningkatkan kecemerlangan politeknik.
Katanya, transformasi itu penting dalam memastikan politeknik terus menjadi institusi pilihan utama masyarakat.
"2010 merupakan tahun transformasi untuk sistem pengajian di politeknik yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti pendidikan yang ada.
"Perancangan ini adalah untuk melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dan latihan pendidikan teknik dan vokasional,"katanya.
Insya-Allah saya akan sambung belajar di Politeknik jika itu rezeki dan takdir saya , 'Kun Faya Kun' . AMIN