Friday, January 17, 2014

Lelaki sejati dalam islam

Lelaki Sejati adalah keikhlasan niat, lurusnya tujuan, benarnya maksud dan itiba dengan sunnah Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa salam dalam beramal.
Kriteria Lelaki Sejati menurut Islam (60 kriteria)

1. Islam menjadi pedoman hidupnya yang utama (QS.6:153);
2. Ikhlas menjadi dasar hidupnya (QS.2:207);
3. Taqwa menjadi bekal hidupnya (QS.2:197);
4. Taat menjadi karakteristik khasnya (QS.3.132);
5. Shalat dan sabar merupakan kekuatannya (QS.8:56;32:24);
6. Tsabat (teguh) merupakan sikap hidupnya (QS.8:45);
7. Ukhuwah Islamiyah menjadi pengikat hatinya (QS.49:10;43:67);
8. Tidak mengenal sikap palsu, kamuflase, banyak tingkah dan takabur (QS.25:63);
9. Ruang jiwanya dipenuhi oleh perhatian dan kepedulian yang besar dan penuh kesungguhan dalam mencapai hadaf (tujuan baik) mereka (QS.28:55);
10. Detik-detik malamnya amat berharga, diisi dengan ibadah Qiyamul Lail/Muraaqabatullah (QS.25:64 : 17:79. 76:26);
11. Senantiasa risau dan amat takut akan azab Neraka Jahanam (QS.25:65-66);
12. Punya ukuran-ukuran yang jelas atas kebenaran dalam kehidupannya (QS.25:67.17:29);
13. Tidak menyekutukan Allah, dan tidak menantang (menyalahi) perintah Allah (QS.25:68-71);
14. Tidak menyia-nyiakan hak orang lain dan tidak menzalimi seorangpun (QS.25:72);
15. Hatinya lurus dan hidup subur, dengan iman yang benar (QS.25:73);
16. Senantiasa menginginkan kebaikan yang dilakukan menjamah dan berlanjut untuk setiap generasi (QS.25:74-76);
17. Senantiasa Jujur dalam perkataan dan perbuatan;
18. Senantiasa menjaga tali silaturrahmi;
19. Senantiasa menjaga amanah yang diberikan;
20. Senantiasa menjaga hak tetangga;
21. Senantiasa memberi kepada yang membutuhkan;
22. Senantiasa membalas kebaikan orang lain;
23. Senantiasa memuliakan tamu;
24. Memiliki sifat malu;
25. Senantiasa menepati janji;
26. Tubuhnya sehat dan kuat (Qowiyyul jismi);
27. Berakhlak baik/mulia kepada sesama makhluk Allah; (Matiinul khuluqi);
28. Senantiasa Shalat tepat pada waktunya;
29. Senantiasa memautkan hatinya ke masjid /Cinta Shalat berjamaah di Masjid;
30. Senantiasa membaca dan mempelajari Al Qur’an dan mengamalkannya;
31. Sederhana dalam urusan dunia dan paling cinta pada urusan akhirat;
32. Paling suka melakukan amar ma’ruf nahi munkar;
33. Paling berhati-hati dengan lidahnya (menjaga lidah);
34. Senantiasa cinta pada keluarganya;
35. Paling lambat marahnya;
36. Senantiasa memperbanyak istighfar, berdzikir dan mengingat Allah swt dan memperbanyak Shalawat Nabi;
37. Senantiasa suka dan ringan berzakat, infaq dan bersedekah;
38. Senantiasa menjaga wudhu;
39. Senantiasa menjaga Shalatnya terutama Shalat wajib;
40. Senantiasa menjaga Shalat sunnat Tahajjud dan Shalat Dhuha;
41. Paling cinta dan hormat pada kedua orang tuanya, terutama ibunya;
42. Cerdas / Pikirannya intelek (Mutsaqoful fikri);
43. Aqidahnya bersih/lurus (Saliimul ‘aqiidah);
44. Ibadahnya benar (Shohiihul ‘ibaadah);
45. Rendah hati (Tawadhu’);
46. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi);
47. Mampu mencari nafkah (Qaadirun’alal kasbi);
48. Senantiasa menjaga dan memelihara lidah/lisan (Hifdzul lisaan);
49. Senantiasa istiqomah dalam kebenaran (Istiqoomatun filhaqqi);
50. Senantiasa menundukkan pandangan terhadap lawan jenis dan memelihara kehormatan (Goddhul bashor wahifdzul hurumat);
51. Senantiasa lemah lembut dan suka memaafkan kesalahan orang lain (Latiifun wahubbul’afwi);
52. Benar, jujur, berani dan tegas (Al-haq, Al-amanah-wasyaja’ah);
53. Selalu yakin dalam tindakan yang sesuai ajaran Islam (Mutayaqqinun fil’amal);
54. Senantiasa pandai memanfaatkan waktu (untuk dunia dan akhirat) (Hariisun’alal waqti);
55. Sebanyak-banyaknya bermanfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi);
56. Senantiasa menghindari perkara yang samar-samar (Ba’iidun’anisy syubuhat);
57. Senantiasa berpikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina’);
58. Senantiasa siap menolong orang yang lemah (Mutanaashirun lighoirihi);
59. Senantiasa berani bersikap keras terhadap orang-orang kafir yang memusuhi kita (Asysyidda’u’alal kuffar);
60. Senantiasa mengingat akan datangnya kematian;
Sumber dari http://store.yufid.com/jual/lelaki-sejati-dalam-islam/

Sunday, November 25, 2012

BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM


                                                                               بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)



Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.
Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

"RUGI bagi seorang LELAKI apabila MELEPASKAN WANITA YANG CANTIK AGAMA DAN AKHLAKNYA kerana terlalu mengejar WANITA YANG CANTIK WAJAHNYA..

KECANTIKKAN akan PUDAR walau cuba dipertahankan, tapi AKHLAK itu hiasan yang KEKAL DAN INDAH pada diri seorang wanita.."


Wanita itu cantik dan indah tetapi HINA jika TERDEDAH 



Sunday, October 28, 2012

Perempuan Bertudung Pun Bukan Baik Semuanya ?

                                                                        
                                                                                 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


..yang sememangnya tidak bertudung sebenarnya adalah lebih tidak baik dari yang bertudung . Menutup aurat termasuk bertudung memang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t kepada umat islam.


Firman Allah a.w.j



1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Di atas adalah antara firman Allah dengan kata lain PERINTAH DAN SURUHAN Allah, maka SEWAJIBNYA lah kita sebagai hambaNya kena patuh dan ikut. Kalau kita sudah sedia maklum barangsiapa yang tahu tapi tidak mengikutnya termaktublah kita dalam golongan kufur dan munafik sudah boleh ditafsirkan sebagai kafir



Contohnya lah, jika anda seorang secretary a.k.a setiausaha, jika bos menyuruhnya berbuat sesuatu tetapi dia tidak mengikutnya walaupun dia sudah tahu yang itu tanggungjawabnya marahlah bos tersebut, inikan pula Pencipta kita iaitu Rabbul Jalil, Allah s.w.t


Orang islam (pada nama) sepatutnya memang sudah tahu yang menutup aurat (disini bertudung) adalah suruhan dariNya tapi boleh lagi berkata 


"yang pakai tudung pun bukannya baik sangat"


Ya memang, tapi anda terang-terang sudah kufur dan mungkin kerana syaitan yang sedang bersuka ria bertenggek dan bergantung pada setiap helaian rambut anda yang tidak di tutup itu akan 'merasuk' anda untuk menjadi seorang wanita/gadis yang sanggup mengeluarkan perkataan seperti 'babi' dan sebagainya






Ingatlah perempuan yang tahu akan menutup aurat bagi perempuan itu wajib tetapi buat-buat tak wajib sambil mengatakan alasan seperti di atas, itu sudah bererti anda tahu yang menutup aurat itu wajib tapi anda mengingkarinya itu lebih hina dari yang bertudung tetapi mungkin melakukan kesilapan...



beruntunglah lelaki yang memiliki wanita yang menutup aurat luaran serta "dalamannya" dari di 'hack' syaitan laknatullah..


sesungguhnya amat sukar untuk mencari yang sempurna tetapi semestinya kita tidak boleh menjadi orang lain tetapi kita boleh menjadi yang LEBIH BAIK .


anda fikir anda tahu Memang Perempuan Pun Bukan Baik Semuanya Tapi...? anda fikir sekali lagi...



sumber dari : http://busuk.org/ping/view/155094

Sunday, October 14, 2012

6 Tip Cantik Buat Muslimah

                                                                                 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Muslimah,cantiknya bukan terletak pada paras rupa, tidak juga pada gayanya,Muslimah itu bukan untuk dilihat indah dimata,tapi indah didalam jiwa.

6 Tip Cantik Buat Muslimah 



1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:
Cuci muka minimal 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh kain atau tuala, biarkan air itu menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress:
Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah.
Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:
Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa kamu adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik. Baca juga doa setiap kali bercermin:


4. Untuk mendapatkan bibir cantik:
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal, banyak sayuran, buah-buahan, air putih.
Maksud hadis:
Rasulullah bersabda: Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya. [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:
Sebarkan salam dan sapaan, maka dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi ramai.

Wallahualam.


Sumber :6 Tip Cantik Buat Muslimah

Monday, September 24, 2012

MATI SYAHID


ASSALAMUAILAIKUMM.....


Setiap orang beriman mesti bercita-cita untuk mati syahid  kerana mati dalam keadaan syahid adalah anugerah Allah yang paling agung . Sesungguhnya peluang untuk mati shahid tidak terbatas dimedan perang sahaja . Syahid adalah rancangan Allah untuk memberi peluang kepada manusia supaya manusia dapat menempuhi kematiannya dengan cara yang sebaik baiknya . Kerajaan didunia ini hanya mampu menyediakan rakyatnya keperluan untuk hidup tetapi tidak mampu untuk mengatur bagaimana menempuh mati yang baik . Hanya islam yang menjanjikan syahid sebagai kurniaan Allah supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.




Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada manusia,amat malanglah bagi orang yang mensia-siakan kasih sayang Allah itu,tuhan bagi seluruh alam.
Nabi Muhammad s.w.a pernah menyatakan “sesungguhnya syahid itu ada 7 golongan iaitu:

1)Orang yang mati ditikam

2)Orang yang mati disebabkan sakit perut

3)Orang yang mati terbakar

4)Orang yang kena penyakit “zatul dzambi”(demam malaria)

5)Orang yang mati ditimpa runtuhan

6)Orang perempuan mati bersalin
“sama ada mati selepas melahirkan ataupun mati ketika bayi masih dalam kandungan”

7)Gadis yang mati sebelum sempat bersuami

Demikian banyaknya peluang syahid yang disediakan oleh Allah untuk hambanya,
ia menggambarkan begitu luasnya rahmat Allah untuk hambanya.
Sekiranya syahid hanya terbatas di medan perang,maka tidak ramai umat islam yang dapat menikmati mati syahid.


"YA ALLAH,tempatkan lah aku dalam golongan-golongan yang beriman dan mati syahid , AMIN "



Wednesday, September 12, 2012

7 TIPS HIJRAH UNTUK REMAJA


ASSALAMUAILAIKUMM...

Sebagai panduan bagi remaja, bagaimana caranya untuk melakukan hijrah diri?
Tips pertama:
NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.
Tips kedua:
TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.
Tips ketiga:
BUANG PERSEPSI YANG SALAH. Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?
Tips keempat:
HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF. Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.
Tips kelima:
BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.
Tips keenam:
PEDULIKAN APA KATA ORANG. Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.
Tips ketujuh:
BERDOALAH. Allah sesungguhnya telah berfirman:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."
(Al-Mu’min 40: 60)
Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku.
Maka jelaslah sudah, jalan-jalan untuk mengubah diri ke arah kebaikan terbuka luas. Memang hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa hebatnya. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan anda. Jadilah remaja yang kental dengan pilihan yang sudah dibuat. Jadikanlah tahun ini tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama.


Monday, August 6, 2012

BENARKAH MENDENGAR LAGU ITU HARAM ?


ASSALAMUAILAIKUM...


Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.
Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf(perbezaan pendapat) dalam masalah ini.
Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu perniakahan, hari-hari besar dan sebagainya.
Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu yang banyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga sesetengah lagu bersifat doa dan dakwah. Hal ini bergantung kepada tujuan dan niatnya. Selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis yang agak panjang, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud:
“Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)
Bagi sesiapa yang melakukannya dengan tujuan maksiat, tentu hal itu menyebabkannya menjadi fasik dan ia DILARANG. Begitu juga sebaliknya, apabila nyanyian itu dijadikan sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan hal-hal terpuji, sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.
Telah berkata Imam Al-Ghazali :
“Jika disebutkannya nama Tuhan sebagai sumpah bagi sesuatu yang tampak dan niatnya tanpa tujuan, tidak dapat dianggap berdosa, apalagi membuat syair, nyanyian dan sebagainya”
Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarkannya, adalah antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:
“Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi S.A.W di rumah ‘Aisyah R.A pada hari raya, ada dua jariah(hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan ‘Apakah layak perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah S.A.W?’. Kemudian, Nabi S.A.W besabda, “Wahai Abu Bakar, biarkan mereka, hari ini adalah hari besar”
Adapun sebaiknya bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Agar tidak terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.
Semoga apa yang kita dapat, dapat sama-sama kita ‘amal dan sampaikan. InshaAllah.
::Rujukan: Hudal Islam, Fatawa Mu’ashirah sebuah kitab karangan As-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi